Teman
Entah mengapa hati ini bagai dicarik
Mengenangkan kata-kata mu semalam
Aku bagai tidak percaya
Kata itu hadir bersama senyuman
Senyuman yang menemani tidurku
Sebuah senyuman penawar kalbu
Teman
Apakah erti semuanya ini ?
Tidakkah ingat pada janji ?
Janji yang mengikat persahabatan kita
Tidak pernah terduga di hati ku ini
Persahabatan yang terjalin putus begini
Hanya kerana seorang gadis
Yang kau anggap si bidadari
Kiranya kau berubah fikiran
Akan ku terima kehadiranmu semula
Kerana ku tahu keputusanmu diatur
Oleh seseorang yang dicintai
Ketahuilah wahai temanku
Tidak semua percintaan berakhir dengan kegembiraan
Kerana setiap yang baik ada buruknya
Aku sekadar mengingatkan
No comments:
Post a Comment